Update
Loading...

Antara Sabar Dan Mengeluh


ANTARA SABAR DAN MENGELUH



Pada
zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul
Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan
berseri wajahnya.

"Demi
Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain
kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."


Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah
katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita
dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal
ini."

Abu
Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita
itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban,
dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu
masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku
yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu
bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab
adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu
disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia
merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang
mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu
sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari
suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas,
ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis
melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin
dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya.
Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."


Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu
menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita
itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan
mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda.
Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji
akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia
belaka."


Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana
kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang
mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana
itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:

" Tidak
ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia
kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu
juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:

" Tiga
macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan
menghina nasab orang."

Dan
sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang
mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian
dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga
kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
















You Might Also Like

0 komentar